KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman kurang menggalakkan di Wall Street di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.65 mata kepada 1,433.48 daripada penutupan Jumaat pada 1,435.13.
Indeks utama dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 1,434.79.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 151 berbalas 122, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,720 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 215.62 juta unit bernilai RM79.77 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada urus niaga Jumaat berikutan kebimbangan akan kenaikan kadar walaupun Citigroup, Wells Fargo dan JP Morgan melaporkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk suku pertama tahun ini.
"Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 143 mata manakala Nasdaq merosot 43 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat ditutup lebih tinggi melebihi paras 3.51 peratus," katanya kepada Bernama.
Di pasaran tempatan, beliau berpendapat minat belian akan terus mengalir ke saham-saham mewah, justeru, indeks diunjur berlegar dalam julat 1,435-1,445 hari ini.
Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.68 dan Public Bank turun satu sen menjadi RM3.98, manakala Petronas Chemicals, CIMB dan Tenaga Nasional tidak berubah, masing-masing pada RM7.40, RM5.23 dan RM9.21.
Bagi saham aktif, Hong Seng dan Tanco menokok setengah sen untuk mencatatkan paras 14 sen dan 48 sen, Revenue Group naik dua sen kepada 42.5 sen, Malaysia Building Society Bhd menambah 2.5 sen kepada 63 sen dan Salutica meningkat 16 sen kepada RM1 .25.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 9.10 mata kepada 10,559.81, Indeks FBMT 100 kerugian 9.19 mata menjadi 10,237.57 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 7.80 mata kepada 10,935.04.
Indeks FBM ACE pula menguncup 5.98 mata pada 5,362.20 dan indeks FBM 70 susut 1.62 mata kepada 13,868.42.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 175.70, manakala Indeks Perladangan turun 8.15 mata kepada 6,842.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.95 mata kepada 15,728.25 dan Indek Tenaga lebih rendah 0.21 mata kepada 877.58.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.65 mata kepada 1,433.48 daripada penutupan Jumaat pada 1,435.13. -Gambar fail/Bernama
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.